Hipokrasinya Mereka-mereka Itu

Tuesday, September 7, 2010


Gambar tiada kena-mengena.


Secara tiba-tiba , semua orang mahu jadi pejuang dan pembela paling hebat agama Islam di Malaysia ini. Semua orang rasa agama Islam telah dipermain-permainkan sekarang ini. Semua orang mahu jadi wira. Semua orang mahu jadi pembela. Semua orang mahu bangkit menentang menegakkan pendapat masing-masing. Kentut!!


Kalau nak cerita pasal agama Islam dipermainkan, sudah lama perkara-perkara macam ni berlaku. Takkan tak boleh tengok depan mata kepala engkau orang sendiri wahai manusia-manusia pembela agama kononnya, negara kita yang dikatakan sebuah negara Islam ini, ada sebuah kasino yang maha besar tersergam indah, pusat-pusat hiburan bersepah-sepah, nak minum beer bukan main mudah, kalau sengkek habispun boleh pergi 7-eleven, lorong-lorong pelacur yang terkenal masih wujud tanpa segan dan silu, nak lagi bagus, sejak berdekad lamanya kita hidup dengan riba, nak beli kereta, riba. Beli rumah, riba. Pinjam duit, riba. Simpan duit dapat riba. Islamkah itu semua? Kenapa tak dijuangkan?

Ini baru kena tenyeh dengan perkara yang remeh-temeh, engkau orang dah melompat. Bising sana-sini. Komplen sana-sini. Kalau betul-betul nak berjuang menegakkan Islam, jihad betul-betullah, setakat gah dekat Facebook, blog-blog, forum-forum, kecoh-kecoh dekat suratkhabar ataupun tv lepas tu senyap macam tahik. Berjuang apa untuk apa? Nak tegakkan apa? Kentut aku lagi kuat letusannya lepas pekena bawang banyak-banyak dari perjuangan engkau orang yang tak konsisten langsung.


Hanya kerana seorang lelaki bukan Islam didoakan Khatib sewaktu Jumaat, seorang wanita bukan Islam berucap dalam surau, dan yang terbaru dan yang paling terkini, iklan hari raya dari sebuah stesen TV yang tak mencerminkan ke'Islam'an kononnya, semua jadi panas dan emosi. Ha ha ha! Sekali lagi, ha ha ha!! Di Malaysia ni, sejak akal aku mula berfungsi, sudah lama Hari Raya Aidilfitri tidak berapa nak Islam. Masa aku kecik-kecik dulu, engkau orang pun yang penah kecik sezaman dengan aku mesti ingat setiap kali raya, di TV ada program sarkas. Sarkas!! Apa relevannya dengan raya. Mana Islamnya? Ada jugak satu period tu, berlumba-lumba tayang filem hindustan dekat TV. Mana Islamnya? Belum lagi setiap kali musim raya yakni dari mula puasa sampai habis Syawal, berdendang lagu raya di radio-radio. Islam ke lagu-lagu raya itu semua. Kenapa tak nak bantah dan komplen pulak? Takkan kerana sekarang ini dalam bulan Ramadhan, semua orang sungguh bertawadduk dan tiba-tiba beriman. Bulan-bulan lain macam mana?


Bukan melarang mahupun membenci engkau orang semua berjuang menegakkan syiar Islam, tapi seeloknya berjuanglah terhadap perkara yang betul-betul perlu dijuangkan. Setakat isu-isu remeh ni, tak perlulah nak melalak dan bising dalam dunia cyber kemudian hilang dan senyap menunggu isu-isu baru untuk dibahankan. Semoga hari raya engkau orang tahun ini penuh dengan keberkatan dan kebahagiaan. Selamat hari raya!!!


NAH LEMANG!! LAYAN MAKAN LAGI BAGUS!!



-notabontot- betulkan benda yang nampak dari benda yang tak berapa nak nampak.


Tiba-tiba

Tuesday, August 17, 2010
Tiba-tiba Ke Gaza





Tiba-tiba Ke Malaysia


*notabontot* - hukum sampai mati...


Bulan Kemuliaan

Thursday, August 12, 2010



Puasa tau...

Semua orang bercerita pasal puasa,tv dan radio mahupun akhbar dan majalah sudah berpesta iklan, semua orang berblog meraikan kunjungan Ramadhan, semua orang mahu meRamadhankan diri. Aku juga tidak mahu ketinggalan.

Kentut-kentut Sepanjang Ramadhan :

Perokok Yang Tabah

Sedut sampai mampos ya!

Kepada para perokok (yang tegar), ketibaan Ramadhan disambut dengan perasaan bercampur-baur antara tuntutan agama dan tuntutan nafsu serakah untuk berasap. Perokok yang longgar disiplinnya sudah pasti akan jadi haru puasanya. Sebulan kehidupan mereka didalam bulan nan mulia ini sangat-sangat mencabar. Kepada para perokok yang lulus ujian, aku respek dan hadiahkan sebiji tabik suspensi boleh laras.

Pemakan

Luas lagi mulut tu bang!

Ramadhan merupakan syurga kepada golongan yang sukar mengatakan tidak kepada makan. (food-enthusiast). Bahasa pasarnya ialah orang kuat makan. Secara tiba-tiba promosi buka puasa bersepah disana-sini, hotel-hotel, restoran-restoran, kedai-kedai makan hatta kedai mamak sekalipun. Bazaar Ramadhan apatah lagi, hampir setiap kawasan perumahan pasti ada. Maka bermulalah pesta melahap hawa nafsu makan yang pasti berlangsung sepanjang Ramadhan. Beli juadah macam beli gula-gula, main tunjuk, kaut dan bungkus sesuka hati. Jangan sampai beraya dihospital sudahlah ya!

Penyedia Makanan

Beli kak! beli bang! Bagi saya kaya ini raya!!!

Peniaga-peniaga makanan memang boleh membuat keuntungan tanpa berbelah bahagi sepanjang bulan Ramadhan. Walau meniaga airpun, boleh untung sampai ribu-ribu. Letak air paip campur sikit warna-warni, pasti laku punya. Hotel-hotel memang tanpa malunya membuat promosi buffet-buffet. Sekarang ni, Mc Donaldpun dah ada promosi buka puasa. Canggih juga buka puasa makan Big Mac, kolesterolpun boleh up.

Kuih Raya

kalau rasa darah tu tawar je, marilah manis-maniskan dengan kuih-kuih ni!

Kuih raya. Tiada kuih tak boleh beraya. Macam tu? Dari setradisional baulu, batang burok sehingga kuih-kuih moden yang aku tak tau namanya, silalah pesan. Puasa baru nak mula, kuih raya dah ada borang pesanan. Sedekad dua dulu mak-mak buat kuih raya secara DIY tapi sekarang semua mak-mak dah malas kot. Beli saja. Raya setahun sekali, apa salahnya order sampai berbalang-balang.

TV-TV

Lagi manthop dar AF!!

Seperti selalunya tv-tv Malaysia yang berpaksikan hiburan melampau tiba-tiba menghipokritkan diri dengan memperbanyakkan program-program berunsur keagamaan. Dan engkau orang yang juga hipokrit turut menjadi insaf seketika setelah menontonnya. Itupun kalau tak switch ke channel lain.

Beli-belah

Tahun ni nak warna apa ?!!

Kononnya, bulan Ramadhan ini bolehlah berjimat-cermat. Yelah, tak makan disiang hari. Adalah duit lebih, kan? Duit lebih kepala hotak! Duit lebih keluar adalah. Awal-awal lagi baju melayu kena tempah. Sampin nak yang songket-songket harga ratus-ratus hingga ribu. Belum sentuh pasal perabot, langsir , cat-cat rumah, kereta raya baru...oh!!!

Mencari Nur Ramadhan

......

Sepatutnya ini yang menjadi keutamaan sepanjang Ramadhan yang mubarak ini. Tapi entah kenapa aku rasa orang yang betul-betul ikhlas beribadat sepanjang Ramadhan ini amatlah kurang peratusannya. Macam aku jugak. Barulah teringat jalan ke surau/masjid. Itupun belum tentu penuh setiap malam. Oh.... hipokrit sungguh aku ini. Engkau orang yang sama binawe macam aku tolong ubah perangai. Semoga, mereka yang betul-betul ikhlas beribadat, akan terus diberkati Allah...

Peristiwa sepanjang Ramadhan umpama klip video yang di loopkan. Sentiasa berulang-ulang. Sentiasa sama isi kandungnya. Kesimpulan yang dapat aku simpulkan, kedatangan Ramadhan terlalu dioverratedkan dengan makan, makan, makan dan makan. Selamat berpuasa dengan aman dan damai tanpa keresahan dan gelodak dijiwa yang kacau.


*notabontot* - ''boleh batal puasa aku! semuanya dedah sana-sini. Nak beli kuihpun nak makeup-makeup!!" Begitulah lebih kurang bebelan ayah aku selepas pulang dari bazaar Ramadhan yang dirahsiakan lokasinya.






Related Posts with Thumbnails